Pembiayaan ASB WhatsApp

Kalau Dividen ASB Turun? Risiko Pinjaman ASB yang Patut Anda Tahu

Dikemas kini 15 Oktober 2026 · oleh Syahmi, Penasihat Kewangan ASB

Kebanyakan laman yang promosi pinjaman ASB tunjuk tahun dividen tinggi sahaja. Kami nak tunjuk tahun yang buruk juga, sebab itu yang menentukan sama ada anda boleh tidur lena.

Pengajaran tahun 2020

Pada tahun 2020, dividen ASB jatuh ke 4.25 sen, yang terendah dalam tujuh tahun. Akhbar melaporkan peminjam yang "tersepit": dividen tak cukup untuk tampung ansuran, dan mereka terpaksa tambah ribuan ringgit dari poket sendiri tahun tu.

Itu benar. Tapi ia juga berlaku sekali dalam tujuh tahun, dan dividen naik semula ke 5.00 sen pada 2021.

Berapa anda perlu tambah, ikut dividen

Ansuran 40 tahun: RM200k ialah RM10,332 setahun, RM100k ialah RM5,160 setahun.

Dividen Beza setahun, RM200k Beza setahun, RM100k
5.75 sen +RM1,168 +RM590
5.50 sen +RM668 +RM340
5.25 sen +RM168 +RM90
5.00 sen −RM332 −RM160
4.60 sen −RM1,132 −RM560
4.25 sen −RM1,832 −RM910
4.00 sen −RM2,332 −RM1,160

Nombor negatif ialah jumlah yang anda tambah dari poket untuk tahun tu, di atas dividen. Untuk RM200k pada 4.25 sen, itu lebih kurang RM153 sebulan.

Penting: walaupun dividen tak cukup, anda tak "rugi" ansuran tu. Setiap ansuran mengurangkan baki pembiayaan, jadi unit ASB milik penuh anda bertambah.

Risiko lain yang patut anda tahu

1. Kadar boleh naik. Kadar pembiayaan ikut KAS. Kalau OPR naik, KAS boleh naik dan ansuran anda ikut naik. Kenaikan 0.25% pada RM200k menambah lebih kurang RM30 sebulan.

2. Unit dicagar. Selagi pembiayaan berjalan, anda tak boleh keluarkan unit tu macam simpanan biasa. Jangan jadikan ASB yang dicagar sebagai dana kecemasan.

3. Komitmen bulanan naik. Ansuran ASB dikira dalam DSR. Ini boleh kurangkan jumlah pinjaman rumah atau kereta yang anda layak kemudian.

4. Dividen bukan janji. ASB ialah unit amanah. Prestasinya bergantung pada pelaburan PNB, dan tiada siapa boleh jamin dividen masa depan.

Cara kurangkan risiko

Risiko yang anda faham dan sudah kira ialah risiko yang boleh diurus.

Uji angka anda dengan dividen rendah

Dalam kalkulator, pilih dividen 4.25 sen dan tengok berapa anda perlu tambah. Kalau masih selesa, anda dah sedia. Nak pendapat jujur? WhatsApp Syahmi.

Angka berdasarkan RM100,000 dan RM200,000 selama 40 tahun pada kadar 4.20%. Dividen ASB tidak dijamin dan prestasi lalu bukan penunjuk prestasi masa depan. Kadar terapung tertakluk kepada perubahan KAS. Laman ini dikendalikan secara peribadi oleh Syahmi Aniq, Penasihat Kewangan ASB, dan bukan laman web rasmi mana-mana bank.

Panduan lain

Lihat semua 20 panduan