Pembiayaan ASB · Patuh Syariah

RM200 ribu dalam ASB.
Mula hari ini, bukan 30 tahun lagi.

Ramai simpan sikit-sikit dalam ASB dan tunggu berpuluh tahun. Dengan pembiayaan, sijil penuh RM200k dah mula dapat dividen dari tahun pertama. Ansuran awak bayar macam simpanan bulanan.

Ansuran dari

RM861/bulan

untuk RM200,000 · 40 tahun · 4.20% setahun

Jadual bank, sah 8 Julai 2026 hingga 31 Disember 2026


Dividen ASB 2025
5.75 sen
Dividen setahun*
RM11,500

*Atas sijil RM200k pada kadar 2025. Dividen tidak dijamin.

Kalkulator · 10 saat

Nak tahu berapa ansuran awak?

Angka ni terus dari jadual bayaran bank. Tak perlu isi apa-apa.

RM200,000
RM5kRM200k
30 tahun
1865

Tempoh maksimum 40 tahun, sehingga umur 70

Ansuran bulanan

RM861

SetahunRM10,332
Kadar4.20%
Dividen setahun*RM11,500

Tengok unjuran 1 hingga 40 tahun

Ilustrasi sahaja, bukan kelulusan. *Anggaran dividen 5.75% (kadar 2025) atas jumlah sijil. Dividen ASB tidak dijamin.

Kenapa ramai pilih

Simpan macam biasa.
Bezanya, RM200k dah bekerja dari hari pertama.

Dividen atas sijil penuh

Kalau simpan RM861 sebulan sendiri, tahun pertama awak ada lebih kurang RM10k dalam ASB. Dengan pembiayaan, dividen dikira atas RM200k.

Simpanan yang berdisiplin

Ansuran ditolak setiap bulan. Tak ada bulan "nanti la simpan". Setiap bayaran menambah nilai sijil yang memang milik awak.

Keluarga terlindung

Takaful disertakan. Kalau berlaku kematian atau hilang upaya, baki pembiayaan dijelaskan dan sijil kekal untuk waris.

Patuh Syariah

Pembiayaan Berjangka-i Tawarruq bercagarkan sijil ASB. Kadar keuntungan, bukan faedah.

Siapa layak

Semak sendiri dalam 1 minit.

Kalau semua ditanda, besar peluang awak. Syahmi akan semak profil penuh sebelum hantar permohonan, jadi tak buang masa.

  • Warganegara Malaysia, Bumiputera
  • Umur 18 tahun ke atas, dan pembiayaan tamat sebelum umur 70
  • Ada pendapatan tetap (makan gaji atau berniaga)
  • Ada akaun ASB, atau sedia buka sekali

Cara mohon

Tiga langkah. Semua boleh dari telefon.

  1. WhatsApp SyahmiBagitahu jumlah dan tempoh yang awak nak. Dia semak kelayakan dulu.
  2. Hantar dokumenSnap gambar IC, slip gaji dan penyata KWSP. Itu je. Syahmi uruskan borang.
  3. Lulus, sijil dibeliLepas kelulusan, unit ASB dibeli atas nama awak dan dividen mula dikira.

Jujur dari awal

Tiga perkara awak patut tahu.

  • Dividen tidak dijamin. Tahun 2020 dividen ASB cuma 4.25%. Kalau dividen rendah, ansuran tetap kena bayar macam biasa.
  • Kadar boleh berubah. Kadar ialah KAS + margin. Kalau KAS naik, ansuran pun naik.
  • Sijil jadi cagaran. Unit ASB yang dibeli dicagar sepanjang tempoh pembiayaan. Tiada tempoh kunci, tapi untuk keluarkan unit perlu selesaikan baki dulu.

Tip: pilih ansuran yang awak masih selesa bayar walaupun dividen turun ke 4%.

Soalan lazim

Yang selalu orang tanya.

Kalau dividen turun, macam mana?

Ansuran tetap sama dan kena bayar macam biasa. Yang berubah cuma berapa banyak dividen masuk. Contohnya tahun 2020 dividen ASB 4.25%, jadi untuk sijil RM200k dividen setahun sekitar RM8,500 berbanding RM11,500 pada 2025. Sebab tu kami sarankan pilih ansuran yang awak selesa walaupun dividen rendah.

Boleh selesaikan awal?

Boleh. Tiada tempoh kunci dan tiada caj penyelesaian awal. Bila selesai, awak dapat nilai sijil yang dah dibayar (surrender value) dan dividen yang dah diterima sebelum tu kekal milik awak. Cuba tab "Kalau keluar" dalam simulasi untuk tengok angka ikut tahun.

Gaji RM3,000 layak tak?

Bergantung pada komitmen lain yang awak ada, sebab bank tengok nisbah hutang kepada pendapatan (DSR). Hantar slip gaji dan penyata KWSP ke Syahmi, dia semak dulu dan cadangkan jumlah yang munasabah sebelum hantar permohonan.

Dividen masuk ke mana?

Dividen dikreditkan ke akaun ASB awak setiap tahun. Awak boleh biar dilabur semula supaya sijil makin besar, atau keluarkan untuk bantu bayar ansuran.

Kenapa kena ambil takaful?

Takaful (ASRTA/GCFT) melindungi baki pembiayaan. Kalau berlaku kematian atau hilang upaya kekal, baki dijelaskan oleh takaful dan sijil ASB kekal untuk keluarga. Untuk pembiayaan RM50k ke atas, perlindungan minimum ialah RM500.

Kadar 4.20% ni tetap ke?

Tidak. Kadar ialah KAS (sekarang 2.75%) campur margin 1.45% untuk pembiayaan RM50k ke atas, atau 1.75% untuk bawah RM50k. Kalau KAS berubah, kadar dan ansuran pun berubah. Kadar promosi semasa sah hingga 31 Disember 2026.

Ini patuh Syariah ke?

Ya, dengan kontrak Pembiayaan Berjangka-i Tawarruq bercagarkan sijil ASB. Pulangan bank dipanggil kadar keuntungan, bukan faedah.

Berapa lama nak lulus?

Bergantung pada kelengkapan dokumen. Kalau semua dokumen lengkap dari awal, prosesnya lebih cepat. Syahmi akan maklumkan perkembangan terus melalui WhatsApp.

Siapa yang awak WhatsApp

Syahmi Aniq

Penasihat Kewangan ASB

Saya bantu orang biasa faham pembiayaan ASB dengan angka sebenar, bukan janji manis. Kalau tak sesuai dengan awak, saya cakap terus. Kalau sesuai, saya uruskan dari semakan kelayakan sampai sijil keluar.

WhatsApp 017-766 3398

Cara pastikan awak berurusan dengan orang yang betul

  • Saya tak akan minta bayaran pendahuluan, "fi proses" atau deposit. Kalau ada yang minta, itu bukan saya.
  • Kelulusan, surat tawaran dan akad dikeluarkan oleh bank sendiri. Ansuran dibayar terus kepada bank.
  • Nak sahkan? Minta saya tunjuk kad kuasa saya, atau tanya cawangan bank terdekat.
  • Nombor WhatsApp saya cuma satu: 017-766 3398.