Pinjaman ASB Umur 40, 50 dan Ke Atas: Masih Berbaloi?
Dikemas kini 15 Oktober 2026 · oleh Syahmi, Penasihat Kewangan ASB
Kebanyakan contoh pinjaman ASB guna orang umur 30 dengan tempoh 40 tahun. Tapi kalau anda 45 atau 55, angkanya lain. Artikel ni untuk anda.
Peraturannya: tempoh = 70 tolak umur
Pembiayaan mesti selesai sebelum anda berumur 70, dan tempoh maksimum ialah 40 tahun. Jadi umur 30 dapat 40 tahun, umur 50 dapat 20 tahun, umur 60 dapat 10 tahun.
Ansuran bulanan ikut umur
| Umur | Tempoh | RM50,000 | RM100,000 | RM200,000 | Dividen untuk tampung ansuran |
|---|---|---|---|---|---|
| 30 | 40 tahun | RM215 | RM430 | RM861 | 5.17 sen |
| 35 | 35 tahun | RM227 | RM455 | RM910 | 5.46 sen |
| 40 | 30 tahun | RM245 | RM489 | RM978 | 5.87 sen |
| 45 | 25 tahun | RM269 | RM539 | RM1,078 | 6.47 sen |
| 50 | 20 tahun | RM308 | RM617 | RM1,233 | 7.40 sen |
| 55 | 15 tahun | RM375 | RM750 | RM1,500 | 9.00 sen |
| 60 | 10 tahun | RM511 | RM1,022 | RM2,044 | 12.26 sen |
Lajur terakhir paling penting. Dari umur 40 ke atas, dividen ASB (5.75 sen pada 2025) tidak lagi cukup untuk tampung ansuran setahun. Anda akan tambah sebahagian dari poket sendiri setiap tahun.
Jadi, masih berbaloi?
Ya, kalau anda tengok ia dengan cara yang betul. Untuk umur 45 ke atas, pembiayaan ASB lebih kepada simpanan paksa dengan dividen penuh dari hari pertama, bukan "dividen bayar semua".
Contoh umur 55, RM200,000, 15 tahun (RM1,500 sebulan):
- Jumlah dibayar selama 15 tahun: RM270,000
- Kalau simpan RM1,500 sebulan sendiri dalam ASB pada 5.75 sen: lebih kurang RM424,000 pada umur 70
- Kalau ambil pembiayaan dan dividen dilabur semula: lebih kurang RM463,000 pada umur 70, dan pembiayaan dah selesai
Kelebihannya masih ada, tapi lebih kecil dari orang muda. Dan RM1,500 sebulan ialah komitmen besar menjelang persaraan.
Panduan untuk umur 45 ke atas
- Pilih jumlah lebih kecil. RM50k atau RM100k biasanya lebih selesa dari RM200k.
- Rancang dengan tarikh bersara. Kalau bersara pada 60, pastikan ansuran masih boleh dibayar dengan pencen atau simpanan selepas tu, atau rancang untuk keluar awal pada umur 60.
- Ingat jalan keluar. Tiada caj penyelesaian awal. Ramai pilih untuk tamatkan pembiayaan bila bersara dan ambil nilai serahan sijil.
- Fikirkan perlindungan. Kos takaful/insurans meningkat dengan umur. Tanya kosnya awal. Lihat takaful pinjaman ASB.
Umur bawah 35? Ini kelebihan anda
Tempoh 35 hingga 40 tahun memberi ansuran paling rendah dan paras dividen untuk tampung ansuran paling rendah. Kalau anda dah lama fikir, lebih awal anda mula, lebih senang angkanya.
Kira ikut umur anda
Kalkulator kira tempoh secara automatik dari umur anda. Umur 45 ke atas? WhatsApp Syahmi untuk cari jumlah yang seimbang dengan persaraan anda.
Tempoh pembiayaan tertakluk kepada had umur 70 tahun pada akhir tempoh dan kelulusan bank. Kadar efektif dari 4.20% setahun (4.50% bawah RM50k), tertakluk kepada perubahan KAS. Dividen ASB tidak dijamin. Laman ini dikendalikan secara peribadi oleh Syahmi Aniq, Penasihat Kewangan ASB, dan bukan laman web rasmi mana-mana bank.
Panduan lain
- Pinjaman ASB untuk Penjawat Awam: Apa Yang Anda Perlu TahuGaji tetap, potongan gaji dan DSR untuk penjawat awam.
- Panduan ASB untuk Pemula: Dari Buka Akaun hingga Dividen PertamaApa itu ASB, cara buka akaun dan cara dividen dikira.
- ASB vs ASB 2 vs ASB 3 Didik: Apa Beza dan Mana Untuk Anda?Tiga dana ASB dibandingkan dalam satu jadual.
- Ejen Pinjaman ASB Palsu: 6 Tanda Amaran dan Cara Semak Ejen Sah6 tanda scam dan cara semak ejen sah.
- Strategi Pinjaman ASB: 4 Cara Orang Guna Pembiayaan ASBRolling dividen, labur semula, keluar ikut sasaran.
- Jadual Ansuran ASB 2026: Tahu Ansuran Anda Sebelum MohonBerapa sebulan untuk RM10k hingga RM200k, ikut tempoh.