Pembiayaan ASB WhatsApp

Dividen ASB 2025: Berapa Ringgit Sebenarnya Masuk Poket Anda

Dikemas kini 14 Oktober 2026 · oleh Syahmi, Penasihat Kewangan ASB

Setiap kali PNB umum dividen ASB, semua orang sebut "sen seunit". Tapi soalan sebenar dalam kepala kita: berapa ringgit masuk akaun aku? Artikel ni tukarkan sen kepada RM, supaya anda boleh tengok sendiri apa yang simpanan anda (atau simpanan yang anda boleh ada) hasilkan setiap tahun.

Dividen ASB untuk tahun kewangan 2025

5.75 sen seunit: 5.20 sen dividen + 0.55 sen bonus, diumumkan PNB pada 19 Disember 2025. Sama dengan tahun 2024, dan jumlah agihan RM10.4 bilion ialah yang tertinggi dalam sejarah ASB.

Satu unit ASB bernilai RM1. Jadi 5.75 sen seunit bermaksud RM5.75 untuk setiap RM100 yang anda simpan.

Berapa RM yang anda dapat

Simpanan ASB Pada 5.75 sen (2024 dan 2025) Pada 4.25 sen (2020, tahun paling rendah)
RM10,000 RM575 RM425
RM50,000 RM2,875 RM2,125
RM100,000 RM5,750 RM4,250
RM200,000 RM11,500 RM8,500

Lajur kanan sengaja kami letak. Bila anda merancang, tengok juga senario tahun yang kurang baik, bukan tahun terbaik sahaja.

Sejarah dividen ASB (sen seunit, termasuk bonus)

Tahun Dividen
2025 5.75
2024 5.75
2023 5.25
2022 4.60
2021 5.00
2020 4.25
2019 5.50

Dalam tujuh tahun ni, dividen bergerak antara 4.25 dan 5.75 sen. Purata kasar sekitar 5.2 sen.

Masalahnya: kebanyakan orang tak ada RM200k untuk dapat RM11,500

Kalau simpan RM500 sebulan, ambil masa lebih 30 tahun nak kumpul RM200,000 (tanpa kira dividen). Sepanjang tempoh tu, dividen anda kecil sebab baki pun masih kecil.

Pembiayaan ASB terbalikkan susunan ni. Anda dapat sijil ASB RM200,000 pada hari pertama, dan dividen dikira atas jumlah penuh sijil tu dari tahun pertama. Untuk RM200,000 pada kadar semasa:

Ini ilustrasi berdasarkan dividen lepas. Dividen sebenar tahun depan mungkin lebih tinggi atau lebih rendah.

Kira ansuran dan dividen anda

Masukkan jumlah, pilih tempoh, dan tengok berapa dividen boleh tampung ansuran. Ada soalan tentang cara dividen dikreditkan untuk akaun pembiayaan? WhatsApp Syahmi.

Unjuran berdasarkan andaian. Dividen ASB tidak dijamin dan prestasi lalu bukan penunjuk prestasi masa depan. Kadar efektif dari 4.20% setahun, tertakluk kepada kelulusan bank dan perubahan KAS. Laman ini dikendalikan secara peribadi oleh Syahmi Aniq, Penasihat Kewangan ASB, dan bukan laman web rasmi mana-mana bank.

Panduan lain